CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 21, 2012

Emak Jadi Ibu Ayam



gambar sekadar hiasan
GEORGETOWN: Ibu durjana. Itu gelaran paling sesuai untuk seorang wanita yang menjadikan dua anak gadisnya berusia 16 dan 17 tahun sebagai hamba seks dengan melacurkan mereka sejak dua bulan lalu dengan alasan untuk menampung kehidupan.

Perbuatan terkutuk wanita berusia 35 tahun itu terbongkar apabila dia bersama teman lelakinya yang juga orang tengah dalam memperdagangkan tubuh dua beradik terbabit, dicekup dalam Ops Noda di sebuah hotel di Bayan Lepas, dekat sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, wanita itu sebelum ini pernah ditahan dan ditempatkan di sebuah pusat pemulihan akhlak kerana melakukan perkara sama, namun dia dibebaskan Disember tahun lalu.

Nyata, dia rupa-rupanya masih belum insaf dan kali ini bersekongkol dengan teman lelakinya berusia 27 tahun untuk melacurkan dua anaknya dengan menjadikan hotel berkenaan sebagai lokasi mencari pelanggan.


Kalu Suka ,Silakan Like

Seksa Wanita Hamil

LAPOR...Yusdi dan Hanee menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kejadian.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan menggelupur sebelum pengsan apabila dicucuh dengan pistol renjatan elektrik oleh dua lelaki yang kemudian melarikan kenderaan pikap dinaiki mangsa dalam kejadian berhampiran Mahkamah Jalan Duta, di sini.

Ketika kejadian kira-kira jam 10.15 pagi Isnin lalu, Hanee Ahmad Daud, 20, yang tidak sihat kerana alahan mengandung berbaring dalam pacuan empat roda Toyota Hilux itu sambil menunggu suaminya bekerja.

Hanee berkata, ketika itu suaminya, Yusdi Ismail, 25, yang bekerja sebagai pekerja landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang memotong dahan pokok berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah Toyota Vios berwarna hitam dinaiki tiga lelaki berhenti di sebelah kenderaannya dan dua daripada mereka keluar lalu meluru masuk ke tempat duduk hadapan pikap berkenaan.




Kalu Suka ,Silakan Like

Wednesday, June 20, 2012

Blog Yang Ada Sentimental Value


Hye semua! Waah!Lame gler kot x bukak blog ni!sebab aku lupa password!haha..camane la kan boleh lupa...Tapi siang tadi ..mase aku kemas bilik..tetibe terjumpa balik buku yang aku tulis email and password blog ni...apelagi...dengan sepantasnya,aku bukak balik blog ni!yeah!..sebab tu aku senyum lebar cam gambar kat atas tu!.haha..

Disebabkan terlalu lame..bertahun aku x ingat password blog ni..aku pun decided untuk buat blog baru..http://atieyrahalias.blogspot.com/.......blog tu masih ade sampai sekarang..follower bertambah....memang setiap masa aku update blog tu..tak lupa password!fuhh!Bukan ape..lepas je aku x ingat password blog ni..aku pun buat la blog baru tu...dan aku save password & email sebaiknyer supaya tak hilang lagi...

Delete blog ni?tak kot...rasanya sayang kot nak delete blog ni..sebab blog ni la mula-mula aku tubuhkan mase nak jadi blogger...blog yang baru tu memang aku x akan delete la sebab tersangat aktif! :)follower da ramai..aku da hias cantik2..no no no!So ape nak buat dengan 2 blog ni?Aku akan isi la ape2 yang patut...supaya x suram..hambar..dan aku akan make sure blog ni akan akif macam blog aku yang satu lagi tu ..

Ok la..itu je diari aku untuk pagi ni (pukul 3.30 am)..
mood: Tido sambil senyum lebar-lebar!wee...!:)

Kalu Suka ,Silakan Like